Makanan
Eksport beras Vietnam ke Taiwan terus meningkat

Eksport beras Vietnam ke Taiwan meningkat sebanyak 18.5% tahun lalu berikutan peningkatan kualiti dan harga yang kompetitif.
Negara itu menghantar 20,281 tan bernilai lebih daripada US$10 juta, sekali gus menyumbang lebih 16% daripada jumlah import Taiwan dan mencatatkan pegangan pasaran ketiga tertinggi.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, eksport beras gred tinggi Vietnam ke pasaran berkenaan meningkat secara stabil berikutan harganya yang lebih rendah berbanding Thailand, sumber import kedua terbesar Taiwan pada 23,042 tan.
Namun, eksport Thailand merosot sebanyak 20% tahun lalu. Eksport beras pulut Vietnam ke Taiwan pula telah mengatasi eksport dari A.S. dan Thailand.
Secara keseluruhan, Vietnam mengeksport lebih tujuh juta tan beras bernilai $3.5 bilion ke pasaran global pada tahun lalu.
Beras tersebut turut dijual di pasar raya Eropah buat julung kalinya.