General
Reliance Retail beli rangkaian gedung serbaneka India

Reliance Retail Ventures Limited telah membeli peruncit India Shri Kannan Departmental Store pada harga US$20 juta.
“Pelaburan ini akan mengukuhkan lagi operasi peruncitan dan kehadiran kumpulan itu di negeri Tamil Nadu serta membolehkan inisiatif peruncitan dan perdagangan baharu,” kata jurucakap Reliance.
Menerusi pengambilalihan ini, Reliance Retail telah memulakan pelan “perdagangan baharu” yang menghubungkan pengeluar, pedagang, peniaga kecil dan pelanggan melalui inovasi digital.
Ditubuhkan pada tahun 1999, Shri Kannan Departmental Store mengendalikan 29 cawangan di seluruh Coimbatore dan kawasan berhampiran dengan keluasan ruang runcit melebihi 600,000 kaki persegi.
Reliance Retail ialah konglomerat peruncitan terbesar di India, dengan lebih 4,000 cawangan merangkumi pelbagai kategori. Ia merupakan anak syarikat Reliance Industries.