Kewangan
J.P. Morgan Buka Akses Dana Kripto kepada Semua Klien Pengurusan Kekayaan

J.P. Morgan dilaporkan telah membenarkan semua klien pengurusan kekayaannya untuk mengakses mata wang kripto melalui dana.
Klien pengurusan kekayaan J.P. Morgan mendapat akses kepada lima produk kripto, berkuat kuasa 19 Julai.
Empat daripada produk berkenaan adalah daripada Grayscale Investments dan satu daripada dana Osprey.
Menurut memo tersebut, penasihat J.P. Morgan hanya akan melaksanakan dagangan kripto atas permintaan sendiri (unsolicited) untuk klien, termasuk mereka yang menggunakan aplikasi dagangan Chase milik bank berkenaan.
J.P. Morgan merupakan bank AS terbaharu yang meningkatkan tawaran mata wang digitalnya berikutan langkah kustos global BNY Mellon menyertai konsortium kripto yang turut dianggotai State Street dan enam bank lain.